Saper click sini panjang umor... :P

SeLaMaT DaTaNg

Followers

Monday, November 29, 2010

Kesihatan:Angin Ahmar(Stroke)

Assalamualaikum dan slmt tghari...hehe.. :) hri ni saje nak berangan-angan jdi doktor x rasmi sbb cita2 masa kecil dlu nk jdi doktorlah katakan.. :P...hri ni aku sebagai doktor(pandai2 je gelar dri doktor..hehee) nk share dgn korang semua mngenai penyakit ANGIN AHMAR @ STROKE...penyakit ini adalah disebabkan salur drh yg tersumbat dimana bekalan drh yg dbawa ke otak tersumbat...bahagian otak tersebut x mnerima oksigen yg mencukupi maka sel2 otak akan rosak atau mati dan mngakibatkan bahagian bdn yg dkuasai bhagian otak itu tidak berfungsi.Penyakit ini adalah kecederaan saraf yg serius yg boleh mnyebabkan kehilangan fungsi saraf secara tiba2.Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar(begitu serius dan mudah sekali menghidapi penyakit ini)Bagi setiap lima kematian, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan MEROKOK(part ni kna besarkan ckit sbb aku tau rmai perokok tegar...hehehe termasuk aku). Merokok merupakan punca kpd setiap penyakit(katakan x nak!!!). Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.
p/s:-kpd sesiapa yg brpengalaman dan akan mungkin mengalaminya satu hari nanti(siapa tahu kan??)diharap bersabar dgn dugaan sbb pesakit dan penjaga pesakit aje yg tahu cabarannya....semua ini ada hikmahnya(kifarah dosa2 yg lalu)thank..salam...:)

Saturday, November 27, 2010

Kisah Pemuda Dan Sebiji Epal....

Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh.
 Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.
Tiba-tiba terdetik di hatinya,

“Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.”

Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menyusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Si pemuda bertemu dengan tuan kebun untuk meminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izin tersebut. Tuan kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas mengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun epal tersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah dimakannya. Walaupun berat untuk menunaikannya namun kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan iaitu pemuda tersebut dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya yang dikhabarkan adalah buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namun dia tetap bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.
Tibalah saat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabila bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya. Si pemuda lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik.
Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang mebawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat.
Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitulah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.
P/S:-Jadikanlah tauladan dan ingatan...bkn hnya mengingati cerita Sir Isacc Newton dan epal yg menjadikannya menemui graviti(9.81<-----nilai bagi graviti..hehehe)

Thursday, November 25, 2010

Guthrie Govan playing to Larry Carlton style track

aNaK BuahKu Yg sOpan SantuN(nakal lg ade rr..hehehe)

xdak ape aku nk crita kat cni.....just nk memperkenalkan sinakal2 yg comel nih....yg akak sulung nama Iffah Amna dan si adik lelaki nama Ahnaf........?? (ape ntah...x ingat nama si adik sgt sbb panjang dn unik..hehe) semua ade 4 beradik,abg no.2 dgn adik bongsu no.4 x de dlm ni(x sempat wat sesi fotografi.. :P)....semuanya adalah hasil perkahwinan kakak sulungku (Ainul Husna) dan suaminya (Mohd Amjad).....nak tahu nakal ke x cuba le try bersenda gurau.....tpi dgn aku diorg amatlah takut...hehehehe

Tuesday, November 23, 2010

KePaLaKu SuDaH PeniNg...

Title kali ni mmg pelik dan aneh...tpi itulah kenyataannya..pening siot...xpe..aku akan cuba jgk ''menghantamkan dri'' untuk mengekploitasikan my blog......(ayat dewan bahasa dan pustaka tu hehehe)...ade la sifuku a.k.a 'The Create Of My Blog' hehehehe...nk mintak tolong die takut ganggu lak nanti...tambah2 time ni dia tgh bengang dgn aku....(ampunkan sy)...rasa bersalah menyelubungi dri lagi nih....lepas ni kna lebih berhati-hati dlm setiap pertuturan....(jom makan maggi jap....dah lma x bersantap mee maggi)..dah lebih 2mnit,konfem dah masak nih ;)

INTRO>>>>

Salam untuk suma.....aku baru lg dlm dunia blog nih...(kire zero dlm berblog..hehehe)...so harap pada yg lebih mahir tu leh la ajar erk....(byr yuran bulan2 pon leh...hehehe..gurau2 aje).....harap blog nih leh wat tempat perkenalan antara satu sama lain dan yg penting sillaturrahim.... :)

Monday, November 22, 2010

DAN AKHIRNYA

Ape yg akhirnya?? hukhuk.. meh aku terangkan kt ang pa sume.. DAN AKHIRNYA, terwujudlah 1 muka baru yg dipanggil blog.. Slmt dtg ke Alam realiti..(ckp kt diri sdri ni) ;)......dan thanks for someone because bntu sy mengcreatekan my blog.... ;)